Friday, 4 October 2013

7 Makanan Tradisi Etnik Sabah

Assalamualaikum

Entri kali ni saya teringin hendak berkongsikan perkara yang menarik tentang 7 makanan Tradisi Etnik SABAH.  Oleh kerana, Sabah terlalu banyak etnik, so makanan per berjenis-jenislahh....

Bukanlah nak buat orang "craving" cuma hendak memperkenalkan menu-menu tradisional yang menarik.  jadi, kalau next time berpeluang datang ke SABAH at least dah kenal beberapa boleh lah cubaaa....dan kalau nak tahu, KOTA KINABALU terkenal dengan menu BAKAR

Menu yang pertama ini dinamakn HINAVA.  Menurut, orang SABAH menu ni berasal daripada masyarakat KadazanDusun Penampang.



Actually this is 1 of my Favourite food. Roughly, menu ni sebenarnya adalah perapan ikan mentah yang diperap bersama jus limau kasturi, bawang merah, lada, halia, serai serta garam dan sedikit gula.  Cara nak buat sangat simple.  Yang susahnya semasa hendak memotong isi ikan kepada hirisan kecil kerana kita perlu pastikan tidak ada tulang ikan yang terselit.  hehehe....lepas tu letak dalam peti ais semalaman...fuuhhh...sedaaaaaappp....rugi tak cuba. 

Menu kedua pula, ialah ambuyat atau sagu.  menu ni merupakan makanan tradisi masyarakat Bisaya (orang bisaya cantik-cantik tauuu..)..
Cara nak makanan ambuyat ni, kita cecah ambuyat bersama adunan sambal belacan yang sedikit cair atau pun sup ikan.



Menu ketiga, sumber utamanya pula adalah rumpai laut Sebenarnya banyak menu yang boleh dihasilkan menggunakan rumpai laut dan sangat memberi manfaat kepada penggunanya.  Tapi kali ini saya nak berkongsikan KERABU RUMPAI LAUT.

  

Menu kelima, adalah buras.  Iaitu makan etnik bugis.  Menu ini adalah nasi biasa yang dikukus bersama santan dan dibalut dalam daun pisang.



Menu keenam, PUTU iaitu makanan tradisional Bajau Pantai Timur,
Image

Menu Keenam, Kuih Penjaram yang juga daripada masyarakat Bajau. Rasanya agak manis
Image


Menu Ketujuh, Kuih Cincin

Inilah antara makanan etnik Sabah.  Kalau nak cuba, sangat mudah untuk didapati..kerana kalau dah berkunjung ke SABAH mestilah akan singgah di Bandaraya Kota Kinabalu...walaupun makanan etnik ni darpida pelbagai negeri, tapi semua boleh dapat kat Bandaraya Kota Kinabalu tuuu....
 untuk pengetahuan semasa saya buat entri ni, TAHAN RASA SYAK SIA tengok menu-menu ni semua.  Dah tu tengah malam lah pulaaa...ohh...homesick!! 


1 comment: