Friday, 4 October 2013

Menu yang Popular di Sabah

Assalamualaikum

KAlau entri sebelum ni saya berkongsi tentang makanan etnik Sabah, kali ni saya nak kongsikan Menu yang Popular di Sabah.  Panjang umur nanti nak juga saya kongsikan tempat menarik kat Sabah..tapi next entry pula lah yer...

Antara Menu yang perlu di cuba dan tak akan menyesal mencuba adalah :-

1. Sayap Ayam



2. Jagung Bakar





3. Lokan Panggang



4. Kelapa Bakar



5. Puding Kelapa dalam kepala



6. Pisang Goreng Cheese



7. Amplang



8. Damai Roti Kawin ~ namapak macam biasa sajee...tapi rasa tetap berbeza dan sangat sinonim dikawasan Kota Kinabalu


9. Pan Fried Dumpling



10.  Sup Mee Suah




Inilah menu-menu yang mesti kamu cuba kalau datang Sabah..Gerenti tak menyesal....yang menyesalnya kalau tak cuba...:)

7 Makanan Tradisi Etnik Sabah

Assalamualaikum

Entri kali ni saya teringin hendak berkongsikan perkara yang menarik tentang 7 makanan Tradisi Etnik SABAH.  Oleh kerana, Sabah terlalu banyak etnik, so makanan per berjenis-jenislahh....

Bukanlah nak buat orang "craving" cuma hendak memperkenalkan menu-menu tradisional yang menarik.  jadi, kalau next time berpeluang datang ke SABAH at least dah kenal beberapa boleh lah cubaaa....dan kalau nak tahu, KOTA KINABALU terkenal dengan menu BAKAR

Menu yang pertama ini dinamakn HINAVA.  Menurut, orang SABAH menu ni berasal daripada masyarakat KadazanDusun Penampang.



Actually this is 1 of my Favourite food. Roughly, menu ni sebenarnya adalah perapan ikan mentah yang diperap bersama jus limau kasturi, bawang merah, lada, halia, serai serta garam dan sedikit gula.  Cara nak buat sangat simple.  Yang susahnya semasa hendak memotong isi ikan kepada hirisan kecil kerana kita perlu pastikan tidak ada tulang ikan yang terselit.  hehehe....lepas tu letak dalam peti ais semalaman...fuuhhh...sedaaaaaappp....rugi tak cuba. 

Menu kedua pula, ialah ambuyat atau sagu.  menu ni merupakan makanan tradisi masyarakat Bisaya (orang bisaya cantik-cantik tauuu..)..
Cara nak makanan ambuyat ni, kita cecah ambuyat bersama adunan sambal belacan yang sedikit cair atau pun sup ikan.



Menu ketiga, sumber utamanya pula adalah rumpai laut Sebenarnya banyak menu yang boleh dihasilkan menggunakan rumpai laut dan sangat memberi manfaat kepada penggunanya.  Tapi kali ini saya nak berkongsikan KERABU RUMPAI LAUT.

  

Menu kelima, adalah buras.  Iaitu makan etnik bugis.  Menu ini adalah nasi biasa yang dikukus bersama santan dan dibalut dalam daun pisang.



Menu keenam, PUTU iaitu makanan tradisional Bajau Pantai Timur,
Image

Menu Keenam, Kuih Penjaram yang juga daripada masyarakat Bajau. Rasanya agak manis
Image


Menu Ketujuh, Kuih Cincin

Inilah antara makanan etnik Sabah.  Kalau nak cuba, sangat mudah untuk didapati..kerana kalau dah berkunjung ke SABAH mestilah akan singgah di Bandaraya Kota Kinabalu...walaupun makanan etnik ni darpida pelbagai negeri, tapi semua boleh dapat kat Bandaraya Kota Kinabalu tuuu....
 untuk pengetahuan semasa saya buat entri ni, TAHAN RASA SYAK SIA tengok menu-menu ni semua.  Dah tu tengah malam lah pulaaa...ohh...homesick!! 


Keburukan dan Kebaikan Media Sosial

Assalamualaikum

Pada era globalisasi ini tidak dinafikan dunia sudah mencipta terlalu banyak teknologi canggih untuk memudahkan para pengguna.  Tidak kira dalam bentuk mesin, jentera atau ruang media sosial.  Namun begitu, pelbagai kesan yang akan diterima oleh pengguna sama ada baik atau buruk.  

Berbicara mengenai penggunaan laman sosial, Media sosial meliputi blog, rangkaian sosial, wiki, forum dan dunia virtual. Antara contoh media sosial yang menjadi trend ketika ini adalah Facebook (FB), Twitter, Myspace, Instagram dan sebagainya. jaringan sosial seperti ini memudahkan pengguna untuk mencipta laman web peribadi dan memudahkan perhubungan sesama rakan dan perkongsian maklumat serta komunikasi. Pelabagai kebaikan dan keburukan yang boleh kita perolehi daripadanya iaitu :-

Kebaikan

1. Alat menbantu Pendidikan
Dapat membantu pembelajaran dan pengajaran lebih efektif.
Maklumat mudah di akses pada bila-bila masa.
Membantu pelajar dan tenaga pengajar mencari maklumat-maklumat yang lebih banyak.
kuliah universiti boleh dilakukan melalui youtube dan jaringan video alternetif yang disediakan oleh pihak universiti.

Kebaikan:-
2. Alat Perhubungan
laman sosial dijadikana alat perhubungan sebgai contoh, memperluaskan "networking" dari segi perniagaan, perhubungan antara pemimpin dan rakyat, saudara mara diluar kawasan.

3. Alat PemasaranProduk
Medan yang menjimatkan untuk mempromosikan produk perniagaan seantero dunia dan serba sedikit mampu membantu pemasar untuk mengenalpasti keperluan dan kehendak yang perlu ditawarkan kepada pengguna akhir.

4. Alat untuk menyebarkan ilmu pengetahuan
Laman sosial membantu dalam penyebaran maklumat di mana ianya berlaku apabila sesuatu maklumat itu dikongsi dengan rakan-rakan yang lain.

5. Alat untuk memantau pergerakan anak-anak  
hal ini adalah inisiatif kepada ibu bapa untuk megetahui pergerakkan anak-anak agar kelakuan anak tidak berada diluar batasan.

6. Perkongsian Maklumat
Melalui media sosial kita dapat berkongsi maklumat secara meluas dan memudahkan dalam pencarian maklumat.

Keburukan:-

1. Pembaziran masa
Pelbagai aplikasi yang ditawarkan oleh media sosial menyebabkan pengguna terleka dengan aplikasi yang ditawarkan.

2. Mengurangkan produktiviti.
Ketagihan pekerja terhadap alamn sosial mengakibat tugas yang sepatutnya dilakukan tertangguh.  Walaupun majikan boleh "block" laman-laman sosial dalam pangakalan rangakian internet mereka, namun kecanggihan telefon bimbit masa kini tidak dapat mengatasi masalah seperti 

3. Penipuan Penipuan 
penipuan melalui laman sosial kerap berlaku kebelakangan ini kerana kelemahan pengguna laman sosial yang mudah membocorkan maklumat peribadi sendiri.  Oleh itu, pengguna laman sosial mesti bijak dalam mengenalpasti akan kesahihan sesuatu perkara yang terdapat di laman sosial. 
Elakkan daripada cepat percaya dengan orang yang tidak dikenali.  

4. Pencerobohan akaun
Pengguna laman sosial dinasihatkan supaya tidak memasukkan maklumat peribadi seperti nombor akaun bank, nombor telefon, alamat rumah dan sebagainya. Sekiranya pencerobohan maklumat berlaku, mereka yang tidak bertanggungjawab, boleh menggunakan maklumat tersebut untuk tujuan-tujuan tertentu yang pasti tanpa keizinan pemilik yang sebenar. 

5. Media sosial boleh menimbulkan fitnah
Terdapat beberapa kes penyebaran fitnah seperti gambar-gambar yang tidak senonoh diseberkan tanpa pengetahuan pemilik gambar tersebut dan pelbagai fitnah telah dilemparkan. 
Pemilik akaun haruslah mengenalpasti "friend Request" sebelum "Apporved" permintaan rakan tersebut.  Hal ini bagi mengelakkan "stalker" yang berniat tidak mengeksploitasi maklumat-maklumat 

6. Kebocoran maklumat
Pekerja yang mudah pecah amanah berpotensi untuk membocorkan maklumat sulit tentang syarikat di mana tempat mereka bekerja. Kebocoran maklumat ini boleh memberi kesan negatif kepada syarikat terbabit. 
pekerja perlu tahu membezakan maklumat yang perlu dikongsi atau tidak sebgai langkah menjaga imej syarikat.

Video dibawah merupakan impak media sosial terhadap seorang remaja yang sangat terbuka untuk berkongsikan kisah kehidupannya sehingga dikenali ramai orang.  Sama ada penerimana berlaku secara positif atau negatif sudah semestinya akan ada kesan sampingan yang bakal diterminya.  Oleh yang demikian, tidak salah untuk kita berjinak-jinak dalam media sosial, tetapi minat tersebut perlulah diiringi dengan etika dan memikir natijah yang diperoleh untuk setiap "post" yang dikeluarkan.