Sunday, 29 September 2013

KALAU SAYA BERKUASA...APA YANG SAYA AKAN LAKUKAN KEPADA DUNIA....

Assalamualaikum WTB...

Terima kasih kerana sudi singgah sebentar...nak bercerita pasal tajuk atas ni pula...
kalau saya diberi kesempatan untuk berkuasa dalam dunia ni....saya nak jadi seorang pemimpin.

Pemimpin yang macam mana?sebelum tu kita tanya Mr. Kamus Dewan apa maksud pemimpin ni sebenarnya...

"Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga Tahun 2000 menyatakan, pemimpin adalah orang yang memimpin dan difahamkan bertindak sebagai juru tunjuk. Wikipedia (Ensiklopedia Bebas) Edisi Bahasa Melayu mentakrifkan pemimpin merupakan individu yang boleh memberi pengaruh kepada individu lain di dalam satu pertubuhan."

Jadi, kalau diberi peluang saya nak jadi pemimpin yang dapat mengatasi keluhan rakyat. saya akan menggunakan kuasa yang di amanahkan sepenuhnya untuk menjana sesuatu yang akan mendatangkan faedah kepada rakyat dan seluruh manusia didunia.  

isu perbalahan yang berlaku diluar negara akan dihentikan serta merta dan rakyat dilarang untuk tidak berpuas hati atas keputusan yang diputuskan boleh pemimpin kerana saya akan jadi pemimpin yang memikirkan pro & Contra sesuatu keputusan yang di ambil...(*agaknya laaaa)....hahahah. dan sebagai pemimpin yang berhati manusia, saya akan pastikan kebajikan sentiasa terjaga. 

kita hidup didunia ni cuma sementara, apa salahnya jika diberi peluang sebesar macam ini kita berusaha untuk memberi kedamaian seisi alam...kenapa perlu ada pertempuran dan perbalahan kalau di antara kita sebenarnya tiada beza di mataNYA. 




No comments:

Post a Comment