Sunday, 29 September 2013

inspirasi blog

Hi....bertemu kembali dengan perkongisan baru...

Minggu ni diberi tajuk untuk menceritakan tentang inspirasi blog....dan kenapa jadikan blog tersebut sebagai inspirasi....

Pada saya terlalu banyak blog yang boleh di inspirasikan... bagi saya yang baru dengan dunia blogger ni semestinya rasa terpesona dengan kreativiti dari segi topik dan hiasan blog.  

Nak di pendekkan cerita, saya memilih Blog Fatin Liyana sebagai idol...jom tengok blog dia kat sini

Fatin Liyana

Perkara yang membuat saya tertarik adalah pemilihan cerita dan perkara yang beliau kongsikan. iyalah...dan beliau sangat rajin untuk update blog...dan bagi saya hiasan blog yang simple dan tidak sarat dengan pelbagai hiasan menunjukkan yang beliau mementingkan penulisan beliau.  Pada pendapat saya, tujuan berblog sebenarnya adalah untuk berkongsi.  bagaimana hendak berkongsi?? mestilah melalui penulisan yang baik...dengan penulisan yang baik cerita yang dikongsikan akan mudah dan senang diterima pembaca.  saya berharap saya juga boleh menulis blog sebaik beliau....tidak hairanlah sekiranya blog beliau selalu dipilih oleh beberapa journalist kerana intipati yang hasilkan.

pemimpin yang paling berkuasa di dunia

Hi All...semasa nak compose slot ni, masa menunjukkan 00:46.....tapi saya masih nak berkongi sedikit info...

info apa...." pemimpin yang paling berkuasa didunia" 

semasa nak tanya2 dengan Mr. Kamus Dewan, terjumpalah pula senarai wanita yang paling berpengaruh didunia....

teringin nak berkongsi top 5 gorgeouse ladies yang berkuasa tuu...siapa mereka??

Ranking

1. 1. Angela Merkel, Kanselir Jerman
Merupakan kaunselor Jerman pada ketika ini dan sebagai Ketua Parti Uni Demokratik Kristian (CDU)


Wanita Paling Berpengaruh di Dunia



2. Dilma Rousseff, Presiden Brasil
Beliau merupakan ahli ekonomi dan politik serta menyandang jawatan sebagai presiden brazil sejak tahun 2011

Wanita Paling Berpengaruh di Dunia

3. Melinda Gates – Philathropist, pemilik Bill & Melinda Gates Foundation

Wanita Paling Berpengaruh di Dunia

4. Michelle Obama – First Lady

Wanita Paling Berpengaruh di Dunia

5. Hillary Clinton – Bekas First Lady, senator AS dan Menteri Luar Negeri AS

Wanita Paling Berpengaruh di Dunia




inilah wanita yang paling berpengaruh didunia...apa yang membezakan dengan wanita-wanita yang lain diluar? yang membezakan kita adalah usaha dan ilmu.  walaupun belajar tak sampai menra gading, ilmu bukan hanya boleh diperoleh di gedung ilmu dan di hadiri secara rasmi.....tuntutlah ilmu sehingga ke liang lahat...sebenarnya cukuplah kita menjadikan diri kita sebagai IDOL untuk berjaya dan mereka yang telah berjaya itu sebagai pembakar semangat untuk dijadikan contoh dan membuat perubahan kepada yang lebih baik.


KALAU SAYA BERKUASA...APA YANG SAYA AKAN LAKUKAN KEPADA DUNIA....

Assalamualaikum WTB...

Terima kasih kerana sudi singgah sebentar...nak bercerita pasal tajuk atas ni pula...
kalau saya diberi kesempatan untuk berkuasa dalam dunia ni....saya nak jadi seorang pemimpin.

Pemimpin yang macam mana?sebelum tu kita tanya Mr. Kamus Dewan apa maksud pemimpin ni sebenarnya...

"Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga Tahun 2000 menyatakan, pemimpin adalah orang yang memimpin dan difahamkan bertindak sebagai juru tunjuk. Wikipedia (Ensiklopedia Bebas) Edisi Bahasa Melayu mentakrifkan pemimpin merupakan individu yang boleh memberi pengaruh kepada individu lain di dalam satu pertubuhan."

Jadi, kalau diberi peluang saya nak jadi pemimpin yang dapat mengatasi keluhan rakyat. saya akan menggunakan kuasa yang di amanahkan sepenuhnya untuk menjana sesuatu yang akan mendatangkan faedah kepada rakyat dan seluruh manusia didunia.  

isu perbalahan yang berlaku diluar negara akan dihentikan serta merta dan rakyat dilarang untuk tidak berpuas hati atas keputusan yang diputuskan boleh pemimpin kerana saya akan jadi pemimpin yang memikirkan pro & Contra sesuatu keputusan yang di ambil...(*agaknya laaaa)....hahahah. dan sebagai pemimpin yang berhati manusia, saya akan pastikan kebajikan sentiasa terjaga. 

kita hidup didunia ni cuma sementara, apa salahnya jika diberi peluang sebesar macam ini kita berusaha untuk memberi kedamaian seisi alam...kenapa perlu ada pertempuran dan perbalahan kalau di antara kita sebenarnya tiada beza di mataNYA. 




Friday, 27 September 2013

~Ordinary of me~

Assalamualaikum WTB & salam sejahtera....

Selamat Datang ke Teratak AlamMaya Lailaaa...

i'M new comer in Blogger World...Yeah!! Welcome To Me

first of all, nama diberi LAILA..well..million thanks to mum whose dedicated to me this name...Love it So much.
nothing special about me...simple + ordinary come from W.P Labuan.